Pengalaman Interview ADAPT for Protege Axiata 2021


 Assalamualaikum semua.

 

Lama dah tak menulis dalam blog ni tapi saya nak share pengalaman saya interview untuk program Protégé bawah Axiata. Alhamdulillah diberi peluang untuk interview ini, saya dapat  call pada mulanya dan pada ahad lalu saya , 1 Ogos 2021 saya telah menerima email untuk interview Bersama hiring manager Celcom. Ye sangat cuak ye masa ini hahahaha. Ini link untuk anda semua memohon program Protégé https://www.jobstreet.com.my/en/job/4618174/sources/1 . Saya mohon di Jobstreet sahaja.

 

Jadi pada 4 OGOS 2021, 12 tengahari saya telah masuk ke Microsoft team saya dan mulakan interview. Saya sebenarnya sangat sangat nervous ye, sebab saya macam tak buat preparation sangat hahahaha. Salah saya gak ni. Okay tapi ni soalannya.

Pertama sekali dia terangkan dahulu program protégé ni apa dan basically kita semua akan WFH , jadi ini yang saya suka kerana saya pun belum dapat lessen kenderaan saya.

 

1.       Tell me about yourself ( saya cam tergagap ye sebab tak bersedia sangat hope saya akan improve la selepas ini). Saya ada ceritakan tentang aktiviti volunteer saya dan hal ini dia suruh ceritakan lebih lanjut lagi.

2.       What have you done after you graduated ?

3.       Can you tell me about your family ? Sibilings?

4.       Do you have licsence?

5.       What is your strength ?

6.       Boleh awak berikan pendapat tentang keadaan Covid-19 di Malaysia?

7.       Apa yang awak nak buat jika awak diberi peluang jadi PM ?

8.       Apa yang awak rasa kerajaan patut buat ?

9.       Di mana awak Nampak masa depan awak lima tahun akan datang ?

 

Saya rasa interview ni sangat santai dan seronok. Dan en meor ni sangat baik. Maaf ye saya stalk encik di linked in HAHAHAHAHHA. Serious lawak la dia tahu lak aku lak yang macam noob dalam linked in ni. Tapi takpelah. Aku rasa aku tak dapat pun interview ni sebab aku macam tak fluent English HHAHAHA. TAPI SEBAB I LOVE BM SO much.

Sebenarnya interview Sime Darby tu I dapat follow up tapi disebabkan I tak de lessen so I tak boleh pergi.

 

Hmm sebenarnya pasal kerjaya ni aku macam dah penat nak fikir sebab so stress.

So for my children kelak , please la 

1.Ada targer kerjaya. Bukan main belajar course apa nak. Now I yang menyesal dah hahahha. I tak minat tapi I teruskan and I dah habis but I still don’t know anything about I learn. And I think I need to learn more about new things.

2.  Please ambik lesen lepas SPM. Takpe kalua takde duit , nanti mak carikan ye. Dulu I tak ambik lesen lepas spm sebab tak nak susahkan mama sebab mahal gilaa , and masa tu ayah baru meninggal kan , so serious tak nak susahkan mama. So now dah habis belajar , baru nak ambik lesen tapi tuptup dah pkp, pusat mandu pun tutup. Ya allah sembuhkanlah negara ini supaya aku cepat dapat pekerjaan dan boleh sara mama, I tak nak tengok mama gi work da, sian mama penat.

3.       Aku nak anak kukuhkan agama kuat kuat, dari kecik dah faham kepentingan agama ni dan tujuan hidup. For me , aku bersyukur sebab mama hantar gi mrsm, kat situ aku belajar kenal allah, dan taat perintah allah sebanyaknya, mungkin hal itu yang membentukku sehingga kini, tapi sebenarnya aku sedar belajar agama ni kena mulakan lebih awal supaya mudah untuk anak adapatasi kelak.

 Jadi akhir sekali , aku nak cakap bersyukur sangat atas peluang  ini. Semoga aku dapat kerja yang aku nak segera. Ameen 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Interview PROTEGE Sime Darby 2021